#Ha dengar tu wahai suami suami sekalian. Jika kalian mahu isteri kalian ramping sentiasa, peluklah isteri juga sentiasa. Tapi peringatan ini hanya untuk mereka yang dah kahwin je tau. Yang belum kahwin jangan gatal gatal. Artikel tentang khasiat peluk isteri ni rasanya dah lama tersebar. Terbakor lupa di mana artikel yang paling asal. Tapi rasanya juga tak salah untuk kami share kembali artikel itu kan? Mana yang belum baca boleh baca. Mana yang dah baca dulu boleh recall balik. Layanlah pasangan kita dengan baik, nanti perkahwinan kita pasti akan sentiasa bahagia......
#(UNTUK YG DAH BERKAHWIN .. YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN) Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.......
#Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.....
> “Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh......
> “Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini......
#Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w....
#Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.....
> “Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.....
#Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.....
>“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. .....
-Dari Sessi Datuk Dr Mohd fadzillah Kamsah-
0 Response to "PELUKAN SUAMI BOLEH TURUNKAN BERAT BADAN ISTERI!!....."
Post a Comment